Jana Pendapatan RM2000 Ke Bawah Hanya Menggunakan Smartphone

Dah 2 hari masuk tahun baru 2018. Apa khabar semua? Tahun 2017 menyaksikan kejatuhan teruk ringgit Malaysia sekaligus menyumbang peningkatan perbelanjaan isirumah. Gaji je masih di takuk lama. Kalau kita rasa 2017 ni 'kejam', ramai yang cakap 2018 lagi kejam. Kak Pura taknak describe panjang-panjang punca atau penyebabnya. Kalau list kan mau berjela la entry kali ni 😂

Kali ni Kak Pura nak share bagi sesiapa yang merancang untuk dapatkan pendapatan RM2000 ke bawah dari rumah hanya dengan menggunakan smartphone. Cara nya adalah dengan online bisnes. Tips ni sesuai untuk beginner sahaja ye. Beginner ni maksud Kak Pura mereka yang baru je start nak berbisnes online menggunakan smartphone, yang tak ada modal dan tak ada ilmu langsung tentang bisnes online. Yang dah advance income puluh-puluh ribu sebulan tu boleh lah share dengan Kak Pura ye tips uolls. Hehe sebab Kak Pura pun dalam proses belajar jugak ni. Nak juga merasa income puluh ratus ribu sebulan ngeeee

Kak Pura bangga bekerja dari rumah. Sambil buat sale sambil jaga anak2 sambil kemas rumah sambil memasak hehehe

Ok ye kita teruskan dengan tips untuk dapatkan income RM2000 ke bawah. 100% hanya gunakan smartphone.

1) Jadi dropship produk
Untuk permulaan nak start berbisnes secara online ni lebih baik dimulakan dengan dropship. Pilih dropship percuma. Kalau di facebook atau di instagram rasanya banyak iklan pencarian dropship dari yang percuma hinggalah yang berbayar. Pilih je mana-mana yang anda rasa selesa. Bila dah jadi dropship jangan bertangguh terus belajar dari agen yang ambil anda sebagai dropship tu. Belajar dari stokis dan kalau berpeluang terus belajar dari owner produk tersebut. Belajar menjual, buat ayat copywritting power, ayat close sale dan lain-lain dari mereka. Biasanya mereka ni tak lokek dengan ilmu serta berkongsi pengalaman mereka. Bila dah pandai jadi dropship, dah ada modal, cuba naik level satu per satu.

2) Pemilihan Produk yang Memberi Keuntungan Rm15 ke Atas Seunit
Dah jadi dropship tu kalau boleh cari lah produk yang boleh bagi anda keuntungan RM15 ke atas setiap jualan yang anda buat. Kalau bawah RM15 ni Kak Pura dah rasa, letih promosi, layan customer tapi tak berbaloi. Adehhh. Bukan tak bersyukur tapi kan kat luar sana banyak dropship yang menawarkan keuntungan RM15 hingga RM35 seunit kepada dropship mereka. Pilih betul-betul. Kalau ada yang boleh bagi RM15 buat apa kita susah payah jadi dropship yang hanya boleh bagi RM5 je kan. Lainlah kalau dah takde pilihan.

3) Memilih Produk Yang Berharga RM100 ke Bawah
Bagi yang baru nak bermula pilihlah produk yang berharga RM100 ke bawah. Kajian menunjukkan yang rakyat Malaysia ni takkan fikir panjang nak beli kalau harga RM100 ke bawah. Sebolehnya jangan lebih dari RM99 sebab kalau mencapai harga 3 angka je bakal customer akan ragu-ragu nak beli lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang kian menghimpit ni. Bila dah ada customer beli percayalah semangat nak promote tu akan naik mendadak hehehe. Takde lah kita promote tiap-tiap hari, orang deal di pm/dm/whatsapp lepas tu lepas je bagi harga semua pun diam..krikkk krikkk krikkk..apa lagi down lah kita sebagai seller yang baru nak bermula. Betul tak?

4) Pilih Produk yang Customer Akan Repeat Order
Apa maksud produk yang akan customer repeat order? Contoh produk yang orang repeat order ni ialah produk yang orang guna hari-hari. Tiap-tiap bulan mesti akan beli. Contoh macam pencuci muka, ubat gigi, pencuci kewanitaan, minuman kesihatan, supplemen dan lain-lain. Banyak kan? Elakkan pilih produk yang orang jarang nak repeat order contoh macam cadar patchwork, set pinggan mangkuk, mesin senaman dan lain-lain. Kalau dah hebat menjual, ayat pun dah power tak kisah. Hehe ni untuk yang baru nak bermula

5) Elakkan Produk yang Berasaskan Fesyen
Fesyen ni satu bidang yang paling laju berubah. Sesiapa yang masuk bidang fesyen dia kena cepat dan pantas. Kalau tak ketinggalan. Contoh tudung. Bulan puasa 2017 Kak Pura nampak trend tudung bulu-bulu ostrich. Ramai kawan Kak Pura dok update dah beli untuk pakai Raya. Lepas tu naik pulak tudung bawal organza. Tudung bulu-bulu orang dah tak cari. Tu baru cerita pasal tudung. Belum cerita pasal baju, kasut, handbag dan lain-lain lagi.

6) Pilih Produk yang Boleh Digunakan oleh Lelaki dan Perempuan
Tak dinafikan kuasa beli seorang perempuan lagi besar dari lelaki. Jadi sebab itu lah barangan wanita lebih banyak dijual. Lebih banyak iklan barangan untuk wanita dok lalu lalang newsfeed kita. Sebab wanita ni memang suka shopping. Tetapi kalau produk yang kita pilih tu boleh digunakan oleh lelaki dan perempuan itu dah satu bonus. Selain kita boleh target customer lelaki dalam masa yang sama kita boleh yakin kan customer perempuan kita untuk guna sama-sama pasangan masing-masing. Perempuan suka sangat berkongsi dengan pasangan tau. Dan perempuan yang dah bersuami memang suka belikan barang untuk suami mereka atas alasan si suami tak ambil tahu penampilan sendiri. Semua isteri yang mencorakkan. Betul tak?

Ok cukup dulu tips kali ni. Kak Pura sendiri pun masih newbie dalam bisnes online ni. Kak Pura sendiri selesa dengan team Hexxa Glowhite yang sekarang ni Kak Pura buat. Kenapa Kak Pura pilih Hexxa Glowhite? Meh Kak Pura terangkan.

  1. 100% percuma. Nak start jadi dropship Hexxa Glowhite tak perlu nak bayar yuran keahlian semua. Percuma je. Jadi awal-awal Kak Pura takde lah risau kalau tak menjadi kan. Boleh kata zero risk la. 
  2. Pemutih Gigi Hexxa Glowhite juga menepati produk pilihan yang Kak Pura list kan dari point no 2 sampai no 6 di atas. Kalau berjaya jual 1 produk, Kak Pura dapat untung RM25 tau. Jual 40 unit je sebulan dah dapat RM1000. Betul tak? Ia produk yang harga tak sampai Rm100, produk yang ramai repeat order dan juga produk yang boleh digunakan oleh seisi keluarga. Dari peringkat kanak-kanak sampai lah ke warga emas. Lagi mudah nak jual.
  3. Ada group support yang memang bagus. Memang betul-betul support dan tak bersaing sesama sendiri. Malah founder Hexxa Glowhite juga mengajar Kak Pura dari zero sampailah mampu menjana pendapatan 4 angka sebulan. Ilmu yang diberi memang betul-betul menjadi. Dah lah free kan. Yang penting kita ikut je arahan beliau. Memang takkan sesat jalan punya. Hehehe
  4. Ada reward untuk yang berjaya capai target jualan bulanan. Kak Pura bersama team Hexxa Glowhite tak sampai setahun tau. Baru start bulan April 2017. Tapi sepanjang Kak Pura bersama team Hexxa Glowhite Kak Pura dah berjaya dapat reward berupa topup, reward RM200 dan yang terbaru cincin emas 916. Dahlah dapat income, dapat lagi cincin emas. Siapa nak bagi kan. Alhamdulillah walaupun Kak Pura masih merangkak, namun step pertama Kak Pura, Kak Pura mampu tebus semula rantai Kak Pura yang Kak Pura gadai tahun 2016 dengan income Hexxa Glowhite. Dah masuk 3 kali bayar upah je sebab takut tergadai. Akhirnya dengan income Hexxa Glowhite Kak Pura mampu tebus. Syukur sangat. 

Cincin emas 916 yang Kak Pura dapat sebagai reward dari founder Hexxa Glowhite sebab capai target jualan
Dan tips di atas memang 100% Kak Pura guna. Alhamdulillah lepas Kak Pura buat keputusan untuk jadi suri rumah, Kak Pura mampu menjana pendapatan RM1000 hingga RM3000 sebulan. Insha Allah Kak Pura cuba untuk go to next level pulak.


Siapa kat sini yang berminat nak join team Hexxa Glowhite boleh lah WhatsApp Kak Pura ye. Sesiapa yang rasa nak jana income sekurang-kurangnya RM1000 sebulan tu boleh lah inform Kak Pura. Tak kira siapa asalkan dia rajin dan mahu ubah ekonomi diri sendiri. Oklah takmau berceloteh panjang lagi ngeeee. Boleh Whatsapp Kak Pura ye. Kita borak-borak pasal Hexxa Glowhite ok?

Comments

Popular posts from this blog

Macamana Rokok Menyebabkan Gigi Jadi Kuning

Hexxa Glowhite Harga Promosi Sekarang!

Memutihkan Gigi Dengan Garam